Saturday 10 July 2010

LAPORAN KARNIVAL SUKAN ANJURAN RAKAN MUDA DENGAN KERJASAMA GPMS

LAPORAN KARNIVAL SUKAN ANJURAN RAKAN MUDA DENGAN KERJASAMA GPMS



TARIKH : 21 MAC 2010


TEMPAT:

PADANG UTAMA, UiTM JOHOR



ANJURAN:

RAKAN MUDA



TARIKH LAPORAN DISEDIAKAN:

23 MAC 2010



Tajuk aktiviti : Karnival Sukan Anjuran Rakan Muda Dengan Kerjasama

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

Tarikh : 21 Mac 2010

Tempat : Padang Utama, UiTM Johor

Penglibatan : Mahasiswa/i Universiti Teknologi Mara Johor



  1. PENGENALAN


Karnival Sukan anjuran Rakan Muda dengan kerjasama GPMS merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara barisan exco dan ahli kelab rakan muda serta GPMS. Penganjuran Karnival Sukan ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk
menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara pelajar.
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Karnival Sukan ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara pelajar UiTM Johor. Adalah menjadi harapan agar sambutan Karnival Sukan kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan:


  1. Memberikan ruang kepada setiap pelajar termasuk barisan exco untuk melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang terluang.
  2. Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan exco dan ahli kelab rakan muda.
  3. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
  4. Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan barisan exco sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 JAWATAN KUASA PROGRAM

Ketua Projek : Norzila bt. Musman

Pen.Ketua Projek : Asmida bt. Ahmad

Setiausaha : Atikah Husna binti Abdullah

Bendahari : Noorhafizah bt. Zainal

JK Teks Ucapan, Buku Program, : Mohd Azwan b. Musa

Perasmian dan Publisiti Muhammad Syarifuddin b. Mohamad Saridi

JK Pendaftaran : Norainil Hawa bt. Bahrin

Nur Syamimi bt. Mustapha Kamal

Noorul Idurrah bt. Kamarulzaman

JK Sukan dan Rekreasi : Ahmad Samir b. Hassan

Nora Shikin bt. Sulaiman

JK Sumbangan, Hadiah : Akmal Hadi bin Sulaiman

dan Cenderahati Mohd Amirul Hafizan b. Abd. Hamid

JK Logistik, Teknikal dan Peralatan : Mohamad Afizan b. Yahya

JK Kebajikan dan Kecemasan : Marelfira bt. Mahamud

JK Pengacara Majlis : Mohd Norirfan Amin b. Jaafar

JK Bacaan Doa : Khairil Shazwan b. Janis

JK Tugas-tugas Khas : Nor Hazirah bt. Hassan

JK Makanan : Siti Nooranisha bt. Saparuddin


2.2 TENTATIF PROGRAM


27 MAC 2010

08.00 pagi

Pendaftaran pelajar

08.30 pagi

Kehadiran para VIP jemputan

  • Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain
    • Pegawai Psikologi Unit Kaunseling, UiTM Johor
    • Merangkap penasihat ke-2 GPMS

08.35 pagi

Bacaan doa daripada Saudara Khairil Shazwan b. Janis

08.40 pagi

Ucapan

  • Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain
  • YDP Rakan Muda
    • Saudara Muhammad Izzat b. Muzammir
  • YDP GPMS
    • Saudara Akmal Hadi b. Sulaiman

09.00 pagi

Majlis Perasmian oleh Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain

09.15 pagi

Senam Aerobik yang diketuai oleh saudara Ahmad Samir b. Hassan

09.30 pagi

Acara sukan berlangsung

  • Futsal
  • Galah panjang
  • Bola beracun
  • Tarik tali

12.30 t/hari

Rehat

02.00 petang

Acara sukan bersambung

  • Rounders
  • Belon air
  • War game

05.00 petang

Penyampaian hadiah

06.00 petang

Bersurai


2.3 PENERANGAN AKTIVITI YANG DILAKUKAN


Pada tarikh 21 Mac 2010 telah diadakan Karnival Sukan anjuran Rakan Muda. Unit Rakan Muda telah berkerjasama dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenenjung (GPMS) dalam menjayakan Karnival Sukan ini.

Program kami tidak bermula tepat pada masanya seperti yang telah dirancangkan kerana peserta mulai ramai datang pada jam 9.00 pagi. Peserta yang hadir adalah seramai 36 orang. Tetamu VIP kami juga, Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain tiba pada jam 9.00 pagi. Setibanya VIP, kami memulakan program dengan bacaan doa daripada Saudara Khairil Shazwan bin Janis. Program diteruskan lagi dengan ucapan daripada penasihat kedua GPMS, Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain, YDP Rakan Muda, Saudara Muhammad Izzat b. Muzammir, dan YDP GPMS, Saudara Akmal Hadi b. Sulaiman. Seterusnya program telah dirasmikan oleh Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain.

Karnival Sukan dimulakan dengan senaman aerobic telah diketuai oleh saudara Ahmad Samir b. Hassan. Kesemua exco bersama para peserta turut menyertai senam aerobic ini.

Setelah tamat senaman aerobic, acara sukan telah dimulakan dengan acara futsal lelaki dan galah panjang perempuan. Acara futsal telah diadili oleh Mohd Amirul Hafizan b. Abd. Hamid dan saudara Mohd Noor Irfan Amin b. Jaafar. Manakala galah panjang telah diadili oleh Aima Syamimi bt. Mohamed Radzuan dan Noorul Idurrah bt. Kamarulzaman. Futsal lelaki telah menghantar 4 pasukan termasuk pasukan exco. Perlawanan akhir diantara pasukan B dan pasukan exco telah diadakan pada waktu petang dan dimenengi oleh pasukan B. Galah panjang perempuan pula telah menghantar 5 pasukan termasuk pasukan exco. Galah panjang telah dimenengi oleh Pasukan perempuan exco.

Kemudian acara diteruskan dengan permainan bola beracun lelaki dan bola beracun perempuan. Pasukan lelaki dan perempun telah menghantar 4 pasukan termasuk 1 pasukan dari barisan exco. Acara ini telah diadili oleh Atikah Husna binti Abdullah dan Nur Ezzati bt. Enche' Omar. Dalam acara ini pasukan exco lelaki telah mendapat tempat pertama manakala acara perempuan pula telah dimenangi oleh pasukan A.

Karnival sukan diteruskan lagi dengan galah panjang lelaki dan futsal perempuan sebelum kami bersurai untuk berehat dan solat zohor di bilik masing-masing pada jam 12.45 petang dan berkumpul semula pada jam 2.30 petang. Empat pasukan galah panjang lelaki telah menghantar nama untuk penyertaan dan telah dimenangi oleh pasukan D dan disusuli oleh pasukan barisan exco. Manakala futsal perempuan telah menghantar 3 penyertaan sahaja dan telah dimenangi oleh pasukan C.

Acara sebelah petang telah bermula pada jam 2.40 petang dengan acara futsal lelaki separuh akhir yang telah dimenangi oleh pasukan B dan disusuli oleh pasukan pasukan D. Setelah berehat selama 5 minit acara diteruskan lagi dengan acara rounders campuran dengan penyertaan 6 kumpulan. Acara ini telah dimenangi oleh pasukan E dan disusuli pasukan A. Kemudian program diteruskan lagi dengan acara tarik tali lelaki dan perempuan setelah berehat selama 5 minit. Pasukan tarik tali lelaki dan perempuan masing-masing menghantar 4 pasukan termasuk pasukan dari barisan exco. Separuh akhir tarik tali telah dimenangi oleh pasukan C dan disusuli oleh pasukan barisan exco.

Seterusnya karnival sukan diteruskan lagi dengan acara "war game"yang melibatkan semangat berpasukan tidak kira kepada para peserta ataupun barisan exco yang bertugas. Permainan ini telah dibahagikan antara exco dan juga para peserta kepada 2 kumpulan untuk menjadi tentera komunis dan tentera Malaya.Senjata yang digunakan dalam permaianan ini ialah air yang dibungkus didalam plastik jernih.Maka, jika pihak lawan berjaya membaling dan mengenakan ketua pihak satu lagi dengan bungkusan air itu, seluruh pasukan itu dianggap kalah.motif utama pasukan yang satu lagi ialah ambil baldi yang diletakkan dalam gol pihak lawan.oleh itu, setiap pasukan begitu bekerjasama untuk mempertahankan ketua masing-masing dan memasang strategi untuk memenangi permainan ini. Dalam permainan ini pasukan tentera Malaya telah memenanginya kerana berjaya menyerang jeneral pasukan komunis. "War game" merupakan acara terakhir kami untuk mengeratkan dan menguatkan lagi tali silaturahim serta semangat kerjasama antara kami semua.

Sebelum program bersurai, Cik Wan Noradila telah menyampaikan hadiah kepada para peserta yang telah memenangi acara yang dipertandingkan hari tersebut.Para peserta yang hadir agak berpuas hati dengan acara yang dimainkan.Seterusnya, program bersurai pada jam 6.20 petang.


2.4 BILA DAN DIMANA AKTIVITI DILAKSANAKAN

Segala aktiviti yang dijalankan di sekitar Padang Utama, UiTM Segamat. Aktiviti telah dijalankan tepat jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 6.20 petang.

3.0 HURAIAN DAN PENILAIAN: PESERTA

Tindak balas amat memberangsangkan bagi program Karnival Sukan Anjuran Rakan Muda dengan Kerjasama GPMS, tidak kira sama ada dari pihak peserta mahupun petugas yang menjaga segala aktiviti ini berjalan lancar. Semua pihak berpuas hati dengan segala aktiviti yang dijalankan. Objektif kami untuk bersantai dan bergembira antara exco dan para peserta tercapai. Para peserta berharap agar aktiviti-aktiviti seperti ini akan dijalankan lagi pada masa akan datang untuk merapatkan hubungan antara kami. Semua peserta kelihatan gembira bukan kepalang apabila segala aktiviti yang dilaksanakan dapat dijalankan dengan ceria, gembira dan lancar. Akhir kata, segala penat lelah dalam menjayakan program ini mendapat tindak balas yang baik daripada para peserta

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Segala aktiviti yang dijalankan telah mencapai objektifnya. Konsep perlaksanaan program iaitu yakin ceria bersama rakan muda berjalan dengan lancar. Dari segi perjalanan program, semua berjalan dengan lancar kecuali program tidak dapat dijalankan seperti masa yang telah ditetapkan akibat beberpa hal yang tidak dapat dielakkan.Seterusnya, program ini telah membentuk nilai-nilai kerjasama serta mengeratkan hubungan silaturahim antara exco rakan muda, GPMS dan para peserta. Aktiviti seperti rounders, futsal, tarik tali dan banyak lagi telah menyumbang kepada semangat kerjasama ini. Para petugas telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan jayanya. Aktiviti- aktiviti ini telah membentuk semangat kerjasama dan nilai muhibbah antara kami.


5.0 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI

Program ini banyak mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua pihak.Walaubagaimanapun, ia masih lagi dengan aktiviti- aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan antara para exco dengan peserta. Antaranya adalah masa main war game walaupun tidak mengenali satu sama lain para exco dan peserta bekerjasama dan bergembira dalam mengalahkan pihak lawan masing-masing. Selain itu, masa selama 1 hari adalah sudah cukup untuk para peserta dan exco untuk melepaskan kepenatan setelah penat belajar dalam masa selama 5 hari. Cuma tidak berpuas hati kerana masa terlalu terhad untuk kami terus mengenali satu sama lain Seterusnya, antara aktiviti yang lebih menarik adalah rounders, tarik tali, futsal, bola beracun dan banyak lagi. Ini dapat mencambah nilai-nilai kerjasama dan muhibbah antara para peserta dan exco.














Bengkel Membuat Blog

Salam semua...
Pada 10 dan 11 Julai 2010, GPMS cawangan UiTM Johor sekali lagi telah menghantar 2 orang wakil untuk menyertai bengkel latihan blog yang bertempat di Makmal Omega, Bangunan SL. 2 orang wakil iaitu Nur Ain dan Erma Zuhaira telah mewakili GPMS untuk menghadiri bengkel tersebut.
Blog ini bertujuan untuk pihak HEP memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan memilih salah satu blog yang terbaik di antara semua persatuan dan kelab yang terdapat di dalam UiTM johor ini. Bengkel ini memberi banyak manfaat kepada kami dan kami berterima kasih kepada pensyarah yang mengajar kami dari Falkuti Pengurusan Maklumat kerana telah memberi tunjuk ajar yang sangat berguna kepada kami berdua.
Oleh itu,kami akan cuba mengemaskini blog ini dari semasa ke semasa.

Wednesday 31 March 2010

Forum : Bolehkan Lelaki Berjaya Tanpa Wanita




Tarikh : 25 Februari 2010
Tempat : Dewan Kuliah 2 ( LT2)
Masa : 9.00 Malam
Anjuran : Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung

1.0 Pengenalan
Setiap persatuan sudah semestinya akan melakukan p
rogram setiap semester dan kami Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung akan melakukan satu forum setiap semester dan ini merupakan forum yang boleh dikatakan berjaya.

2.0 Perlaksanaan
Program ini telah diadakan pada 25 Februari 2010 iaitu hari Khamis yang bertempat di Dewam Kuliah 2 ( LT2 ). Jawatankuasa yang terlibat terdiri daripada AJK GPMS yang diketuai oleh Idurrah sebagai ketua projek. Majlis bermula dengan bacaan doa yang diketuai oleh saudara Izzat dan diteruskan dengan mukadimah GPMS yang diketuai oleh Muhd Izuan dan juga diteruskan dengan nyayian lagu GPMS. Majlis diteruskan lagi dengan
menjemput penasihat GPMS iaitu Tn Sokri b. Sulaiman untuk memberi ucapan alu-aluan.

Tn Sokri mengucapakan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan ahli panel iaitu Ustaz Kamaruddin dan juga Cik Wan Nuradila. Beliau juga berterima kasih kepada pelajar-pelajar yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri forum yang dijalankan. Di sini juga Tuan Sokri menyatakan objektif program ini dijalankan.

Majlis diteruskan dengan memperkenalkan ahli panel y
ang hadir untuk membincangkan topik yang berkaitan. Pihak GPMS telah menjemput 2 orang ahli panel iaitu Ustaz Kamaruddin dan juga Cik Wan Nuradilla. Ahli panel memberi ucapan alu-aluan dan berterima kasih kepada pelajar kerena sudi hadir ke forum tersebut.

Forum bermula dengan Ustaz mengupaskan tajuk kecil iaitu mengapakah kejayaan lelaki harus dikaitan dengan wanita. Tajuk ini berkisar tentang fitrah lelaki dan wanita tidak dapat dipisahkan. Terdapat perkara yang tertentu lelaki dan wanita yang boleh dan tidak boleh buat. Sebagai contoh, lelaki tidak boleh mengandung tetapi hanya perempuan yang boleh mengandung.

Majlis diteruskan dengan Cik Wan Nuradila mengupas tajuk kejayaan lelaki dari segi apa. Menurut beliau, semua lelaki dan wanita saling melengkapi. Setiap kejayaan seorang lelaki mesti ada wanita dibelakangnya. Sebagai contoh, kisah Nabi Muhammad S.A.W banyak dibantu oleh isteri baginda iaitu Siti Khadijah yang bertindak sebagai tulang belakang baginda.

Tuan Sokri membuka isu wanita dianggap sebagai racun dan penawar dan telah dibincangkan oleh Ustaz Kamaruddin. Beliau berkata se
mua bergantung pada niat dihati seorang wanita sama ada ingin menjadi racun dan penawar kepada seorang lelaki.

Wanita, bagaimana boleh menjadikan kejayaan kepada lelaki. Menurut Cik Wan Nuradila, wanita mempunyai ciri tertentu yang menjadikan kejayaan seorang lelaki. Antara ciri-ciri tertentu ialah dari segi hartanya, rupanya bukan setakat cantik dari segi fizikal namun rohani dan jasmani juga.

Ustaz telah menjelaskan terdapat 7k ciri untuk berjaya iaitu keimanan yang kukuh, keunggulan akhlak, kemurniaan minda, keilmuan mantan, keperibadian, ketaatan, dan juga kemampuan.

Kesimpulannya, setiap lelaki dan wanita mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Kita boleh saling melengkapi setiap kelemahan itu dengan adanya pasangan yang sesuai yang boleh menjadikan kita berjaya di dunia dan di akhirat.

3.0 Penutup
En Sokri selaku moderator dan merangkap penas
ihat GPMS mengucapkan jutaaan terima kasih kepada semua pelajar yang hadirkan diri dan mendengar forum ini dengan tekun dan memberi respon yang baik.




Sunday 28 March 2010

Bengkel Buat Blog

Salam semua...
Pada 27 dan 28 Mac 2010, GPMS UiTM Johor telah menghantar 2 orang wakil untuk menyertai bengkel membuat blog yang bertempat di Makmal Omega, Bangunan SL. 2 orang wakil iaitu Mohd Amirul Hafizan dan Noorasyikin telah mewakili GPMS untuk menghadiri bengkel tersebut. Inilah hasil yang mereka dapat lakukan. Mereka telah berjaya membuat blog untuk GPMS UiTM Johor bukan sahaja untuk pihak HEP memantau aktiviti yang dilakukan oleh peserta tetapi juga ahli yang lain boleh mengetahui apa yang terjadi di dalam persatuan atau kelab mereka. Bengkel ini memberi banyak manfaat kepada kami dan kasih berterima kasih kepada pensyarah yang mengajar kami dari Falkuti Pengurusan Maklumat kerana telah memberi tunjuk ajar yang sangat berguna kepada kami berdua.

Saturday 27 March 2010

Laporan Annual Grand Meeting

1.0 Pengenalan
AGM ini buat setiap awal semester untuk ahli baru mendaftar sebagai ahli persatuan dan juga mengenali organisasi persatuan mereka masing-masing. Setiap setahun, sesuatu organisasi akan bertukar organisasi kepada organisasi yang baru.

2.0 Latar belakang

· Tarikh & masa : 2 Febuari 2010 & 8.00 p.m
· Tempat : Blok u104 – u111
· Bilangan peserta yang hadir : 200 orang
· Matlamat : Memperkenalkan ahli baru dan lama kepada organisasi yang baru
· Bahan-bahan yang digunakan : PA system, restroom, komputer, LCD
· Aktiviti yang diikuti : Percalon baru majlis tertinggi dan exco GPMS
· Pengendali yang terlibat : Ahli jawatankuasa GPMS

3.0 Huraian Pernilaian

· Maklum balas peserta
Peserta memaklumkan annual grand meeting ini telah Berjaya dilakukan dengan jayanya.

· Maklum balas pihak luar
Kami telah menjemput pihak GPMS Negeri Johor dan maklum balas dari mereka ialah annual grand meeting yang kami lakukan dengan jayanya.

4.0 Pencapaian aktiviti

· Mendapat organisasi GPMS 2010/2011 yang baru untuk meminmpin persatuan ini.
· Hasil yang dicapai sama seperti matlamat dan barjaya.

5.0 Kemajuan atau masalah

· Mempunyai masalah dengan PA system yang pihak fasiliti salah memasang mikrofon.
· Kekurangan tempat duduk pada permulaan majlis
· Tetamu jemputan lambat datang menyebabkan majlis bermula dengan lambat

6.0 Cadangan

· Melihat tempat lebih awal supaya boleh tahu mana yang boleh digunakan
· Biro protocol memain peranan penting untuk memastikan program berjalan lancar
7.0 Penutup
Matlamat dan objektif kami tercapai. Terdapat sedikit masalah pada awal program tetapi pihak GPMS dapat mengatasinya. Kami tidak berputus asa untuk mangatasi masalah yang berlaku, akhirnya AGM ini selesai dengan jayanya. Ucapan ribuan terima kasih kami ucapan kepada mereka yasng terlibat terutamanya ahli baru dan ahli lama GPMS dan tidak lupa juga kepada tetamu jemput kami iaitu pihak GPMS Negeri Johor.


Akmal Hadi b Sulaiman

Presiden GPMS UiTM Johor




Mohd Amirul Hafizan b Abd Hamid

Timbalan Presiden GPMS UiTM Johor


Asmida bt Ahmad

Naib Presiden 1 GPMS UiTM Johor


Mohd Izuan b Kamaruddin

Naib Presiden 2 GPMS UiTM Johor




Persediaan bergelar mahasiswa.


  • Ubah minda bahawa sistem penbelajaran di menara gading tidak sama dengan sekolah menengah atau matikulasi terutama dari segi kaedah belajar.

  • Perlu mempersiapkan diri melalui proses sosialisasi dalam kampus

  • Perlu bersedia untuk mempelajari dan meningkatan kemahiran bahasa Inggeris kerana semua rujukan di universiti dalam bahasa Inggeris

  • Mesti mempersiapkan diri lima thaun akan datang bermula dari semesta pertama dengan kemahiran yang diperlukan oelh bakal majikan.

  • Bersifat holistik dan tidak boleh memfokus kepada satu agenda. Ia berlandaskan konsep holistik iaitu formula Jeri ( jasmani, emosi, rohani dan intelektual ) yang hebat. Pelajar tidak hanya terperuk di bilik kuliah sebaliknya libatkan diri dengan aktiviti universiti yang sihat.

  • Bagi pelajar yang gagal mendapat kursus yang dipohon, pastikan keputusan yang dibuat itu adalah yang terbaik. Tidak kira apa kursus sekalipun, ia adalah satu peluang terbaik untuk melanjutkan pengajian di universiti kerana diluar lebih ramai yang gagal ke menara gading.

Apa yang perlu pelajar tahu ketika melangkah ke menara gading?



  1. Matlamat yang jelas

  2. Cemerlang akadamik

  3. Cemerlang sahsiah

  4. Cemerlang ketrampilan diri

  5. Memiliki 7 kemahiran insaniah :


  • Komunikasi

  • Kepimpinan

  • Pemikiran kritis

  • Kerja berkumpulan

  • Nilai dan etika

  • Pembelajaran sepanjang hayat

  • Keusahawanan

Persediaan sebagai pelajar seimbang


Pelajar seimbang ialah pelajar yang cemerlang dalam dua aspek utama :


Akademik



  • Mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Di menara gading sistem purata nilai gred yang terkumpul ( PNGK ) 4.0 digunakan. Pelajar yang mempunyai PNGK 3.0 dan ke atas di anggap cemerlang

Kokurikulum



  • Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

  • Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar.