Saturday 10 July 2010

LAPORAN KARNIVAL SUKAN ANJURAN RAKAN MUDA DENGAN KERJASAMA GPMS

LAPORAN KARNIVAL SUKAN ANJURAN RAKAN MUDA DENGAN KERJASAMA GPMS



TARIKH : 21 MAC 2010


TEMPAT:

PADANG UTAMA, UiTM JOHOR



ANJURAN:

RAKAN MUDA



TARIKH LAPORAN DISEDIAKAN:

23 MAC 2010



Tajuk aktiviti : Karnival Sukan Anjuran Rakan Muda Dengan Kerjasama

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

Tarikh : 21 Mac 2010

Tempat : Padang Utama, UiTM Johor

Penglibatan : Mahasiswa/i Universiti Teknologi Mara Johor



  1. PENGENALAN


Karnival Sukan anjuran Rakan Muda dengan kerjasama GPMS merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara barisan exco dan ahli kelab rakan muda serta GPMS. Penganjuran Karnival Sukan ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk
menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara pelajar.
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Karnival Sukan ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara pelajar UiTM Johor. Adalah menjadi harapan agar sambutan Karnival Sukan kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan:


  1. Memberikan ruang kepada setiap pelajar termasuk barisan exco untuk melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang terluang.
  2. Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan exco dan ahli kelab rakan muda.
  3. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
  4. Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan barisan exco sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 JAWATAN KUASA PROGRAM

Ketua Projek : Norzila bt. Musman

Pen.Ketua Projek : Asmida bt. Ahmad

Setiausaha : Atikah Husna binti Abdullah

Bendahari : Noorhafizah bt. Zainal

JK Teks Ucapan, Buku Program, : Mohd Azwan b. Musa

Perasmian dan Publisiti Muhammad Syarifuddin b. Mohamad Saridi

JK Pendaftaran : Norainil Hawa bt. Bahrin

Nur Syamimi bt. Mustapha Kamal

Noorul Idurrah bt. Kamarulzaman

JK Sukan dan Rekreasi : Ahmad Samir b. Hassan

Nora Shikin bt. Sulaiman

JK Sumbangan, Hadiah : Akmal Hadi bin Sulaiman

dan Cenderahati Mohd Amirul Hafizan b. Abd. Hamid

JK Logistik, Teknikal dan Peralatan : Mohamad Afizan b. Yahya

JK Kebajikan dan Kecemasan : Marelfira bt. Mahamud

JK Pengacara Majlis : Mohd Norirfan Amin b. Jaafar

JK Bacaan Doa : Khairil Shazwan b. Janis

JK Tugas-tugas Khas : Nor Hazirah bt. Hassan

JK Makanan : Siti Nooranisha bt. Saparuddin


2.2 TENTATIF PROGRAM


27 MAC 2010

08.00 pagi

Pendaftaran pelajar

08.30 pagi

Kehadiran para VIP jemputan

  • Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain
    • Pegawai Psikologi Unit Kaunseling, UiTM Johor
    • Merangkap penasihat ke-2 GPMS

08.35 pagi

Bacaan doa daripada Saudara Khairil Shazwan b. Janis

08.40 pagi

Ucapan

  • Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain
  • YDP Rakan Muda
    • Saudara Muhammad Izzat b. Muzammir
  • YDP GPMS
    • Saudara Akmal Hadi b. Sulaiman

09.00 pagi

Majlis Perasmian oleh Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain

09.15 pagi

Senam Aerobik yang diketuai oleh saudara Ahmad Samir b. Hassan

09.30 pagi

Acara sukan berlangsung

  • Futsal
  • Galah panjang
  • Bola beracun
  • Tarik tali

12.30 t/hari

Rehat

02.00 petang

Acara sukan bersambung

  • Rounders
  • Belon air
  • War game

05.00 petang

Penyampaian hadiah

06.00 petang

Bersurai


2.3 PENERANGAN AKTIVITI YANG DILAKUKAN


Pada tarikh 21 Mac 2010 telah diadakan Karnival Sukan anjuran Rakan Muda. Unit Rakan Muda telah berkerjasama dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenenjung (GPMS) dalam menjayakan Karnival Sukan ini.

Program kami tidak bermula tepat pada masanya seperti yang telah dirancangkan kerana peserta mulai ramai datang pada jam 9.00 pagi. Peserta yang hadir adalah seramai 36 orang. Tetamu VIP kami juga, Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain tiba pada jam 9.00 pagi. Setibanya VIP, kami memulakan program dengan bacaan doa daripada Saudara Khairil Shazwan bin Janis. Program diteruskan lagi dengan ucapan daripada penasihat kedua GPMS, Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain, YDP Rakan Muda, Saudara Muhammad Izzat b. Muzammir, dan YDP GPMS, Saudara Akmal Hadi b. Sulaiman. Seterusnya program telah dirasmikan oleh Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain.

Karnival Sukan dimulakan dengan senaman aerobic telah diketuai oleh saudara Ahmad Samir b. Hassan. Kesemua exco bersama para peserta turut menyertai senam aerobic ini.

Setelah tamat senaman aerobic, acara sukan telah dimulakan dengan acara futsal lelaki dan galah panjang perempuan. Acara futsal telah diadili oleh Mohd Amirul Hafizan b. Abd. Hamid dan saudara Mohd Noor Irfan Amin b. Jaafar. Manakala galah panjang telah diadili oleh Aima Syamimi bt. Mohamed Radzuan dan Noorul Idurrah bt. Kamarulzaman. Futsal lelaki telah menghantar 4 pasukan termasuk pasukan exco. Perlawanan akhir diantara pasukan B dan pasukan exco telah diadakan pada waktu petang dan dimenengi oleh pasukan B. Galah panjang perempuan pula telah menghantar 5 pasukan termasuk pasukan exco. Galah panjang telah dimenengi oleh Pasukan perempuan exco.

Kemudian acara diteruskan dengan permainan bola beracun lelaki dan bola beracun perempuan. Pasukan lelaki dan perempun telah menghantar 4 pasukan termasuk 1 pasukan dari barisan exco. Acara ini telah diadili oleh Atikah Husna binti Abdullah dan Nur Ezzati bt. Enche' Omar. Dalam acara ini pasukan exco lelaki telah mendapat tempat pertama manakala acara perempuan pula telah dimenangi oleh pasukan A.

Karnival sukan diteruskan lagi dengan galah panjang lelaki dan futsal perempuan sebelum kami bersurai untuk berehat dan solat zohor di bilik masing-masing pada jam 12.45 petang dan berkumpul semula pada jam 2.30 petang. Empat pasukan galah panjang lelaki telah menghantar nama untuk penyertaan dan telah dimenangi oleh pasukan D dan disusuli oleh pasukan barisan exco. Manakala futsal perempuan telah menghantar 3 penyertaan sahaja dan telah dimenangi oleh pasukan C.

Acara sebelah petang telah bermula pada jam 2.40 petang dengan acara futsal lelaki separuh akhir yang telah dimenangi oleh pasukan B dan disusuli oleh pasukan pasukan D. Setelah berehat selama 5 minit acara diteruskan lagi dengan acara rounders campuran dengan penyertaan 6 kumpulan. Acara ini telah dimenangi oleh pasukan E dan disusuli pasukan A. Kemudian program diteruskan lagi dengan acara tarik tali lelaki dan perempuan setelah berehat selama 5 minit. Pasukan tarik tali lelaki dan perempuan masing-masing menghantar 4 pasukan termasuk pasukan dari barisan exco. Separuh akhir tarik tali telah dimenangi oleh pasukan C dan disusuli oleh pasukan barisan exco.

Seterusnya karnival sukan diteruskan lagi dengan acara "war game"yang melibatkan semangat berpasukan tidak kira kepada para peserta ataupun barisan exco yang bertugas. Permainan ini telah dibahagikan antara exco dan juga para peserta kepada 2 kumpulan untuk menjadi tentera komunis dan tentera Malaya.Senjata yang digunakan dalam permaianan ini ialah air yang dibungkus didalam plastik jernih.Maka, jika pihak lawan berjaya membaling dan mengenakan ketua pihak satu lagi dengan bungkusan air itu, seluruh pasukan itu dianggap kalah.motif utama pasukan yang satu lagi ialah ambil baldi yang diletakkan dalam gol pihak lawan.oleh itu, setiap pasukan begitu bekerjasama untuk mempertahankan ketua masing-masing dan memasang strategi untuk memenangi permainan ini. Dalam permainan ini pasukan tentera Malaya telah memenanginya kerana berjaya menyerang jeneral pasukan komunis. "War game" merupakan acara terakhir kami untuk mengeratkan dan menguatkan lagi tali silaturahim serta semangat kerjasama antara kami semua.

Sebelum program bersurai, Cik Wan Noradila telah menyampaikan hadiah kepada para peserta yang telah memenangi acara yang dipertandingkan hari tersebut.Para peserta yang hadir agak berpuas hati dengan acara yang dimainkan.Seterusnya, program bersurai pada jam 6.20 petang.


2.4 BILA DAN DIMANA AKTIVITI DILAKSANAKAN

Segala aktiviti yang dijalankan di sekitar Padang Utama, UiTM Segamat. Aktiviti telah dijalankan tepat jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 6.20 petang.

3.0 HURAIAN DAN PENILAIAN: PESERTA

Tindak balas amat memberangsangkan bagi program Karnival Sukan Anjuran Rakan Muda dengan Kerjasama GPMS, tidak kira sama ada dari pihak peserta mahupun petugas yang menjaga segala aktiviti ini berjalan lancar. Semua pihak berpuas hati dengan segala aktiviti yang dijalankan. Objektif kami untuk bersantai dan bergembira antara exco dan para peserta tercapai. Para peserta berharap agar aktiviti-aktiviti seperti ini akan dijalankan lagi pada masa akan datang untuk merapatkan hubungan antara kami. Semua peserta kelihatan gembira bukan kepalang apabila segala aktiviti yang dilaksanakan dapat dijalankan dengan ceria, gembira dan lancar. Akhir kata, segala penat lelah dalam menjayakan program ini mendapat tindak balas yang baik daripada para peserta

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Segala aktiviti yang dijalankan telah mencapai objektifnya. Konsep perlaksanaan program iaitu yakin ceria bersama rakan muda berjalan dengan lancar. Dari segi perjalanan program, semua berjalan dengan lancar kecuali program tidak dapat dijalankan seperti masa yang telah ditetapkan akibat beberpa hal yang tidak dapat dielakkan.Seterusnya, program ini telah membentuk nilai-nilai kerjasama serta mengeratkan hubungan silaturahim antara exco rakan muda, GPMS dan para peserta. Aktiviti seperti rounders, futsal, tarik tali dan banyak lagi telah menyumbang kepada semangat kerjasama ini. Para petugas telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan jayanya. Aktiviti- aktiviti ini telah membentuk semangat kerjasama dan nilai muhibbah antara kami.


5.0 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI

Program ini banyak mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua pihak.Walaubagaimanapun, ia masih lagi dengan aktiviti- aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan antara para exco dengan peserta. Antaranya adalah masa main war game walaupun tidak mengenali satu sama lain para exco dan peserta bekerjasama dan bergembira dalam mengalahkan pihak lawan masing-masing. Selain itu, masa selama 1 hari adalah sudah cukup untuk para peserta dan exco untuk melepaskan kepenatan setelah penat belajar dalam masa selama 5 hari. Cuma tidak berpuas hati kerana masa terlalu terhad untuk kami terus mengenali satu sama lain Seterusnya, antara aktiviti yang lebih menarik adalah rounders, tarik tali, futsal, bola beracun dan banyak lagi. Ini dapat mencambah nilai-nilai kerjasama dan muhibbah antara para peserta dan exco.














No comments:

Post a Comment